Nuffnang Ads

Tuesday, August 18, 2009

Salam semua

Sudah lama benar tidak update blog ini dek kerana kesibukan yang amat sangat. Segala aktiviti menjahit terpaksa ditangguhkan kerana kesibukan kerja-kerja di ofis. Di rumah perlu diberi perhatian juga, kerja rumah, suami dan anak. Kalau tidak, merajuk pulak buah hati kesayangan mak ni hehehhehehehe

Suami pun sudah bertanya kenapa lama tak menjahit, ringkas saya menjawab...di rumah saya kena beri perhatian dan tumpuan pada syiqin kalau tidak merajuk pulak dia nanti...
memang amat meletihkan...di ofis kerja banyak perlu diselesaikan, sehinggakan nak check email sendiri pun tak sempat. Udah2 tengok dalam inbox ada 3400 lebih email yang belum dibaca...rasa mahu saja mendelete tapi memandangkan mungkin ada yang penting, saya biarkan dahulu. Nanti2 lah saya teliti satu persatu.

Apa2pun nanti saya akan paparkan sedikit aktiviti saya dan keluarga dan juga ada keluaran tudung baru....sudah lama nak posting kat sini...tapi masa pulak terhad.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...