Nuffnang Ads

Thursday, July 23, 2009

Cikgu Norkiah dan Cikgu Sha'ari

Tengok tajuk pun buat suspen saja. Apa hal pulak dengan cikgu norkiah dan cikgu sha'ari nih hehehehehhe. Sebenarnya, hujung minggu Ahad lalu tetiba ajak suami dan anak melawat Zoo Negara.

Jam 9 lebih kami dah terpacak di kaunter tiket, beli tiket dulu, pakai tiket di tangan, scan dan masuk. Mula-mula suami ajak naik train saja pusing2 di Zoo Negara nih, tapi aku kata why not kita jalan sambil exercise sikit, boleh la keluar peloh kan...

Kami pun sambil tolak kereta sorong nih (syiqin memang suka naik kereta sorong, tak larat la aku nak dokong lagi dah budak sorang nih). Tiba di satu tasik yang penuh dengan burung bangau nih..teringat aku kat citer P Ramlee nih (Masam2 Manis) . Cikgu Sha'ari dating dengan Cikgu Norkiah...hehehehehhehehe teringat la pulak kan citer tu, kalau berulang kali pun aku sanggup lagi dok depan TV mengadap citer tu...memang tak jemu2.

So apa-apapun, sila jamu mata tengok aktiviti kami di Zoo Negara. Opsss....masa parking kereta tu, baru perasan FINAS sebelah je dengan Zoo Negara...baru tahuuuuuuu


Pintu Masuk Ke Zoo Negara
Kaunter Tiket dan Informasi Bayaran Tiket

Sempat lagi tu posing, seperti biasa mana gambar hakuuuuuuu

Yang ini saja nak tunjuk tiket yang dilekatkan di gelangan tangan
Kedai Cenderahati

Gajah, Burung Merak dan Kanggaroo
Di sinilah tempat Cikgu Sha'ari dan Cikgu Norkiah berdating hehehehehehe

Rusa ni memang jinak, leh bagi makan (tapi kena beli la makanan dia)
tak boleh bawa masuk sembarangan
Tapir dan Sang Singa


Ni Pak Belang ni panas kot, dok rendam saja
Orang Utan kena minum air kotak (pandainyaaaa)
Unta, cuma 2 ekor je...yang admire sekali bulu matanya yang lentik

Pokok ni dah beratus tahun agaknya...scary sikit
Next aktiviti tak tahu pulak nak gi mana...air terjun??? OK jugak tu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...