Nuffnang Ads

Wednesday, February 11, 2009

Sehari di Jalan TAR

Tiba2 terjaga pukul 3pagi, ooooooooo syiqin nak menyusu. Setengah jam melayan syiqin minum susu, mata ni makin segar lak...tak boleh tidor. Hmmmmmmmmm apa nak buat ni yek di waktu cam ni.

Sekali aku bangun, kemas sikit. Lepas tu mengadap laptop laaaaa...ni sah kat ofis nanti aku mengantuk giler, tak paaaa....buat keje sambil berdiri kekekekekekkke

OK, nak update sikit sebab semalam memang penat betul berjalan ronda2 di Jalan TAR. Lepas breakfast di rumah, bermula perjalanan ke Jalan TAR. Parked kereta di JJ wangsa maju, naik Putra sampai ke Masjid Jamek. Sampai je, terus menyusur ke Masjid India, melalui bazar yang berdekatan, singgah merata tempat. Tengok gelagat pemborong melayan pelanggan memborong kain, tudung etc...syok jugak jadi peniaga nih kan.

Lepas tu singgah pula di Kamdar, niat hati nak survey kain je...tiba2 terBELI kain jersey lak....ada diskaun 10%, apa lagi ambil 10 meter berlainan warna utk setiap 2 meter. Tak berani nak borong sampai sekayu...giler aku nak borong byk tu...kalau cekap menjahit boleh saja, ni menjahit pun ikut mood. Tempahan tudung ada lagi tak buat, ikut mood aku pulak....hishhhhhhh tak boleh jadi. Kena menrajinkan diri sikit makcik oiiiiii hehehhehehhe

Lepas tu singgah SOGO, nak tukar pampers syiqin. Ingatkan nak menyusu dia, sekali dia tengok ada play ground kat situ, terus dia tak mahu susu. Bila dukung nak beredar, menangis melalak....adehhhhhhhhhh anak aku ni kalau menangis suara dia kuat bebenorrrrr....Lari bawa dia ke food court di tingkat atas, nasib baik ada kolam ikan kat situ, terus berhenti menangis. Leka dan asyik menengok ikan-ikan di situ, besarnyaaaaaa....bunyi air terjun buatan di situ mengasyikkan.

Then, jalan balik ke stesen putra. Dalam pada tu, singgah SEMUA house, cik hubby nak sembahyang zuhor jap, aku cuti lagi. Kemudian singgah lak kat JAKEL, wahhhhhhhh best kain-kain kat situ, ada promosi lak tu....kira murah laaaa....memandangkan aku baru je beli kain jersey, maka niat hati nak rembat kain kat situ terkubur. Nanti.....aku mesti beli jugak, cantik giler. Aku rasa ni kedai kain yang paling aku berkenan, layanan baik, pekerja ramainya sekali. Patutpun kalau sebut JAKEL mesti ramai orang. Depan JAKEL, ada ARIANI, tapi aku tak singgah, takutttttttttttt nanti aku berkenan pulak beli tudung ARIANI ni. takut juga kena jeling dengan cik hubby nih.

OK, cukupppp terus balik rumah. Sampai hampir pukul 5 petang, syiqin baru nak tidor, aku pun ambil kesempatan tidor jap. Malam memang tidor awal pun, letih sesangat sehari di JALAN TAR.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...