Nuffnang Ads

Friday, February 22, 2013

Cendol Pulut Santan Lebih



Sedapkan kalau dapat semangkok cendol pulut dikawankan pula dengan sepinggan laksa.  Fuhhhhh....dan dan tu meleleh ayaq liuq.  Tapi ingat, waktu usia menuju EMAS ni kena jaga pemakanan sikit.  Sebelum penyakit mai singgah, jaga kesihatan yeeee. (ingatan untuk diri sendiri)

Semalam pi MPH Wangsa Maju, ternampak buku ni..terus saja beli.  La ni kegilaan mengumpul buku keluaran Datuk Abd Jalil pulak.  Pelan2 kumpul lagi dua buah buku.

Ni dia sinopsis buku cendoi ni...best laaaa.  

Sinopsis:
JANGAN malu untuk bertegur sapa dengan Datuk Abd. Jalil Ali, sekiranya terserempak dengan dia dan isteri di pusat membeli-belah, pasar raya, pasar tani, pawagam, tempat lelong durian tepi jalan, di gerai atau restoran nasi kandar, di tempat letak kereta, hatta di tandas awam.

Dulu dan sekarang dia memang suka berkawan, dan tidak kedekut berkongsi idea. Katanya: “Kalau kita beri orang satu idea, mungkin dia akan beri kita dua atau tiga idea. Lagipun bagi idea pada orang bukan keluar modal, cuma keluar air liur!”

Lebih tiga dekad melalui perjalanan kewartawanan yang panjang lagi berliku – dari pemberita cabuk kini menjadi Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf – dia telah menyaksikan, dan mencatat seribu satu karenah manusia, dari peringkat tertinggi seperti pemimpin politik dan tokoh-tokoh korporat, hingga rakyat biasa, termasuk pemandu teksi, tukang bekam, bomoh tangkap hantu pocong, penggali kubur dan tukang bakar mayat di jirat Cina.

Pengalaman hari-hari ditulis secara santai dan lucu, tetapi penuh sindiran sosial. Katanya: “Ini cerita orang biasa, kena tulis dengan cakap mudah. Bahasa tinggi-tinggi pun tidak guna kalau dia orang tidak faham.”


2 comments:

*SiRibenMerah said...

lama x dtg sini.. akak sihat?

asyifamustaffa said...

sy suka baca hasil tulisan beliau....dlu suka bli mingguan wanita....kolum yg sy bca dulu...tulisan dia lah...bersahaja....mmg best...:-)

x tau plak dia da dpt title datuk....:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...