Nuffnang Ads

Monday, August 15, 2011

Yang Wajib Saya Selesaikan

Hmmmm pejam celik pejam celik, hari ni dah hari ke-15 berpuasa.  Cepat sungguh masa berlalu, niat di hati nak mengkhatam Al-Quran sebelum Syawal menyusul, harap2 niat saya ini akan termakbul.

Minggu depan, kira minggu terakhir bekerja.  Ramai dah mood raya ni. Di pejabat ni pun, berkumandang lagu2 raya serta bacaan ayat2 suci AlQuran dimainkan.  Ambil mood sikit, semakin rancak bekerja.

Seperti tahun2 lepas, saya jenis beli kuih raya je, buatnya entah bila la yek.  Hehehehehe, dasar pemalas!  Malasnya mak sorang2 nak buat biskut raya, lebih baik mak duduk layan syiqin sambil membaca Al-Quran.  Target satu malam mesti habihkan satu surah, insyaallah.  Sementelah dah 6 hari tak boleh berpuasa (terasa ruginya kena "ponteng" puasa, tapi bersyukur kerana inilah kelebihan yang ALLAH kurniakan pada setiap wanita), maka pulun lah saya membaca Al Quran.  Dah la tahun lepas tak sempat nak mengkhatam, sedih rasanya.  Kalau tidak, selalunya 15 Ramadan, dah hampir khatam dah.  Moga2, ALLAH mempermudahkan urusan pembacaan saya ini nanti.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...