Nuffnang Ads

Wednesday, August 3, 2011

Masuk Dapur - Sori Gambar Memang tak Ada Hehehehehe

Pelik laaaa...setiap kali masuk Ramadan je, saya rajin lak belek2 buku masakan.  Padahal, bulan2 biasa pandang pun tidak buku masakan tu...banyak lak jadi simpanan dalam peti.   Itu tak termasuk lagi resipi2 yang diprint cetak dari internet dan juga dari bloggers yang pakar dalam masakan.

Semalam, dengan penuh bersemangat, waktu rehat dalam masa setengah jam itu, saya bergegas ke pasaraya Jusco.  Cuma 10 minit berjalan kaki, kira exercise sikit la tu...asyik terperap saja di ofis berair-con, tak molek jugak untuk kesihatan kan.  

Sampai di Jusco, terus saya menapak ke bahagian makanan, beli serba sedikit sayur, ayam, dan lain2 untuk dimasak pada petang semalam.   Macam lipas kudong je membeli belah, dalam masa 20 minit dah sampai ke pejabat semula.   

Balik dari pejabat jam 5.00 petang, terus bergegas ke dapur,  Opss!!! tak solat asar lagi, ok jap!!! Bersiang apa yang patut, lepas tu terus solat dulu.   Kemudian acara main masak2 pun bermula.  Eleh bukan terror sangat pun memasak, tapi disebabkan dah lama tak masak, seronok juga sekali sekala memasak ni.  

Rasa puas hati tengok en suami dan syiqin pulun nyaaaaaaaaaa tambah nasi, bukan masak special pun, biasa2 saja.   Tapi amat berpuas hati lah.

Betul la kata orang2 tua, nak ikat perut suami dan anak2 harus dari airtangan isteri dan ibunya sendiri.
Alhamdulillah, dipermudahkan segalanya.

4 comments:

cik Ida said...

wow! beruntungnya incik suami dan syiqin dapat isteri dan mak cam kak zu.. bila lah ida nak merasa air tangan kak zu ni ye.. :)

Tholeha Mustapa said...

memasak adalah satu perkara yang menggembirakan dan membuat kita tak lalu nak makan, cukup kenyang bile lihat org lain suka dgn masakan kite :D

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

selamat berpuasa Sis.. =)

zuwaidah said...

ida - alhamdulillah, ini pun rajin sebab bulan puasa hehehehehe

tholeha - ya betul, selalu mcm tu ler, kalau kak zu yg masak, memang kurang sangat kak zu nak makan.

mak dara...terima kasih dan selamat berpuasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...