Nuffnang Ads

Thursday, August 11, 2011

Bangun!!!!

Jam 4.15pagi dah terbangun, tu pun nasib baik dikejutkan dengan alarm handphone.  Kalau tidak, tak bangun sahur la pagi ni.   Hmmmmm masih awal lagi, baring kejap sambil goyang2 kaki, bukan apa takut terlajak tidur lak hehehehhe.

Jam 4.30pagi, bingkas bangun menyediakan sahur untuk pagi tadi.  Ahhhh.... cuma ada lebihan lauk semalam yang dibeli di bazar ramadan, ayam masak merah dan nasi beriani.  Ok lah tu, cukup untuk en suami nak bersahur nanti.  Saya??? cuma makan roti kismis manis berserta teh o panas.  Hmmmm alhamdulillah.  Syukur untuk rezeki pagi ini.

Berkemas dengan segera sebab waktu azan suboh dah masuk.  Kebiasaannya, selepas solat suboh, membaca AlQuran, harap2 dapat saya khatam sebelum tempoh ramadan berakhir. 

Jam 8 pagi, wajib punch card di pejabat.  Waktu pejabat diawalkan selaras dengan bulan Ramadan, pulang jam 4.30petang.   Ni pun dah terasa mengantuk ni sebab bangun terlalu awal, aircond di pejabat ni boleh tahan juga sejuknya.  Aduhhhhhhhhhh..dah terbayang bantal bucuk di rumah, mata semakin kuyuuuuuu...

1 comment:

*SiRibenMerah said...

semoga kita tabah berjuang di bulan Ramadhan.. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...