Nuffnang Ads

Friday, July 29, 2011

Yang Sudah tu Sudah Ler

Salam Jumaat.   Dinginnya pagi Jumaat yang mulia ini.
Rata2 pagi ni, surat khabar, berita, facebook dan juga blog semua tajuk penting
kekalahan Harimau Malaya dalam perlawanan bolasepak semalam.

Walaupun saya ni tak ler pandai sangat pasal bola, tapi yang penting semangat nak menyokong tu ada.
Huwaaaaaaaaaaa...ramai jugak yang memberi sokongan padu pada team bolasepak kita ini.  Walaupun kalah di tangan Singa Temasik ni, tapi pasukan kita kalah bermaruah.  Menentang habis-habisan.  Ramai yang kata tak layak ke peringkat dunia, habis kalau tak dicuba dari sekarang, sampai bila pun tak layak lah kan.  Belum cuba belum tahu.  Cer tengok Dato Nicole David dan Dato Lee Chong Wei, salah contoh pemain Malaysia yang dah bertaraf dunia.  Ini semua hasil usaha dari permulaan zero kepada HERO.

Jangan kerana kalah dicaci keji, bila menang dijulang dipuji melambung.

Nota:
Tak mo gaduh2 ya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...