Nuffnang Ads

Thursday, July 14, 2011

Kolej Tentera Darat

Bagi yang berminat nak join Kolej Tentera Darat (KTD), di sini ada sedikit penerangan yang mungkin dapat membantu mengetahui dengan lebih mendalam lagi.

Sejarah penubuhan Kolej Tentera Darat (KTD) bermula dari Maktab Tentera yang dinamakan "Federation Military College (FMC) pada 17 Disember 1953 di Port Dickson, Negeri Sembilan.  Diasaskan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya, Sir Gerald Templer.

Tahun 1961, maktab ini dipindahkan ke Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur bagi mendapatkan kemudahan akademik dan ketenteraan.  Di sinilah maktab ini telah dikurniakan gelaran "Diraja" oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan diberi nama Maktab Tentera Diraja (MTD).  MTD sekali lagi menempah sejarah apabila dikurniakan panji-panji rejimen pada 3 Julai 1981.

Tahun 1994, MTD distruktur semula agar lebih kompeten dan berdaya saing.  Pengstrukturan semula maktab ini menyaksikan organisasi Divisyen Kadet dinaikkan taraf dan dipindahkan ke Ulu Tiram, Johor pada 25 Ogos 1994.  Pada 1 Januari 1999, Divisyen ini ditukar nama menjadi Kolej Tentera Darat (KTD).

Program yang ditawarkan adalah
Diploma Pengurusan
Asas Psikologi dan Kaunseling
Kepimpinan
Program Asas Ketenteraan
Pengendalian Senjata
Disiplin dan Kawad
Teknik dan taktik peperangan
Kesopanan Ketenteraan

Kemudahan juga disediakan semasa latihan, antaranya adalah:
Makmal komputer
Perpustakaan
Dewan Kuliah
Bilik Penginapan
Padang Bola Sepak
Kolam Renang
Padang Ragbi / Hoki / Skuasy / Tenis / Sepak Takraw / Gimnasium
Lapangan Sasar
Tempat beribadah (masjid)
Wisma Kadet
Tukang Jahit / Kasut
Perkhidmatan Dobi
PERNAMA

Pada peringkat pertama para pegawai kadet juga berpeluang mengikuti latihan di luar negara seperti berikut:
The Royal Academy, Sandhburst, UK
Officer Cadets School, Waiouru, New Zealand
Singapore Armed Force Training Training Institute (SAFTI)
United States Military Academy (USMA), West Point

Pada latihan peringkat kedua pula, pegawai kadet juga berkesempatan melawat institusi latihan pegawai kadet luar negara seperti RMC, Duntroon di Australia, Akademik Militer, Indonesia dan SAFTI, Singapora.

So, anak-anak muda!  Tunggu apa lagi, sekiranya dirimu kental, gagah perkasa dan hebat serta berani (tak berani tak boleh yek) segeralah mendaftarkan diri.  Kelayakan adalah umur 18 hingga 25 tahun (muda belia remaja lagi gitu), kesihatan yang baik, bagi lelaki ketinggian/berat adalah 162sm/50kg, wanita pula ketinggian/berat adalah 157sm/45kg. 

Kelulusan akademik adalah lulus SPM, kepujian BM, BI, Matermatik, sains atau kimia.

Untuk mengetahui lebih mendalam lagi, layari http://maf.mod.gov.my


4 comments:

LindaLittle said...

Salam...kak zu...saya berminat dengan course kesopanan dalam tentera....HEHEE....:)

Anonymous said...

hi awak...misi dan visi ktd ape ek..kite berminat la nak masuk sana kak..tq..asakom

MUHAMMAD KHAIRUL AFIFI said...

kalau masuk menggunakan diploma boleh x ?

MUHAMMAD KHAIRUL AFIFI said...

SALAM..nk tnyer cket .kalau masuk menggunakan Diploma , boleh kew?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...