Nuffnang Ads

Wednesday, May 18, 2011

Apabila Iman berlandaskan Nafsu Syaitan

Rasanya semua dah baca Harian Metro pagi ni.
Bekas Inspektor Polis dijumpai mati tertiarap di balkoni tingkat 5 di sebuah hotel di Kuala Lumpur
(tak pasti pulak hotel mana).  Mangsa berusia 62 tahun dipercayai menginap bersama teman wanitanya yang berusia 42 tahun.  Mangsa dipercayai terkejut apabila pintu bilik diketok oleh pihak pencegah maksiat awal pagi dan cuba melarikan diri dengan memanjat tingkap bilik di tingkat 16.  Hishhhh tinggi tu....
Akhirnya terjatuh (gamaknya tergelincir la kot) di tingkat 5.

Mati dalam keadaan yang mengaibkan dan tak sempat bertaubat.
Nauzubillah!!!! Kasihan kat anak bini di rumah, disangka bapa dan suami pergi berurusan bisness, rupa2nya melakukan perkara terkutuk dan ditemui dalam keadaan yang mengaibkan.

Mudah2an ALLAH melindungi hambaMu yang serba daif dan kekurangan.
 
MATI itu pasti, Hidup itu Insyaallah
(kata2 di petik dari novel RAM - Laksamana Sunan)

8 comments:

Leya said...

Supaya kita dijauhi drpd perkara2 sebegini.....ingat la org tersayang...

Mrs.Yie said...

heee....sangat memalukan....

nadia ar-rumaisha said...

mak saya selalu cakap, biasa kematian kita akan berkait dengan cara hidup kita...Nauzubillah minta dijauhi dari kematian yang azab dan mengaibkan...

aNiM said...

hm,
kesian anak isteri kat rumah.

Na'uzubillah..

cpahniza said...

xbaca lg..thanks for the info~

ahaaa..smlm cpahniza on d way p JB...nek bus...dh lma gila xnek bus ni...ttba bas rosak kt highway..pstu dok tgu bas len tu adala peronda polis mai benti...sempat lg ngorat! zzz...so moral: jgn layan~ hehe

hasrul hassan said...

Salam.
Mudah-mudahan kita semua yang mengejar ilmu diberikan kemudahan dan kebaikan. Dan penamatnya diberikan pengakhiran yang baik.

Salam dari BK.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Dengar kat radio pagi tadi.

Mintak dijauhkan keluarga kita dari perkara2 macam ni.

zuwaidah said...

leya - ya mudah2an kita dan keluarga dijauhi dari hasutan syaitan laknat.

mrs yie - tu la tu...malu kan.

nadia - sungguh ngeri dan takut pada seksaan yang ALLAH akan berikan

anim - kasihan pada keluarga, mesti malu dan rasa aib dgn perbuatan org yang mereka sayang dan percayai.

cpahniza - hisssssh polis tu sempat lagi ke nak ngorat...lain kali ambil nombor kat lencana tuuuu

hasrul - wasalam, ya mudah2an hidup kita semua dirahmati ALLAH.

azrina - semoga kita semua dilindungi dari syaitan yang sentiasa menduga dan mengoda anak ADAM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...