Nuffnang Ads

Wednesday, March 30, 2011

Yuyu Zulaikha Semangat Nak Promote Blog Kawan2

Jam 4.30pagi terjaga, sejuknyaaaa.   Patutpunnnnn..tingkap di bilik terbuka luas, hujan rupanya.   Syok ni kalau terus lelap, tapi udah terjaga, mana leh lena balik.  Nampak gayanya tidur ayam je la aku nih.

Tengah mamai, alarm menjerit-jerit di hujung telinga.  Aku set alarm pun pakai handphone, jam betul memang tak ada hehehehehehe.  Ooooooooo dah 5.30pagi dah...Nak bangun tak bangun, nak bangun ke tidak nih.  Last-last, 6.30jugak aku bangun yeahhhhhhhhhhhh...mengeliat dulu..baru sedappppp.  Mak aihhhh..kalau suami aku tengok rupa aku nih...harus tak lalu makan!!! Rambut mengerbang ala2 Boney M, mana lak aku punya getah rambut nih...

Macam biasa, mandi, solat dan bersiap nak ke ofis.    Bergegas siap sebab pagi ni kami bertiga tumpang kereta kawan suami je.  Kereta sendiri masuk workshop.   Dan suami aku lak kena pegi outstation day trip ke Kuantan dengan kawan dia tu.  Petang ni terpaksa la aku dengan syiqin naik LRT lagi.  Jangan buat hal dah la kan.

Ok, la ni kat ofis.  Tengah key in half way BQ untuk projek akan datang.  Tiba2 je teringat blog aku nih, Hehehehehehe betul laaaaa..sehari tak buka blog, gian lak kan.  Boss lak baru je keluar, masuk blogging balik yeeeeeeeeehaaaa.  Tak guna punya secretary, curi tulang pulak dahhhh. 

Cukupppppppp...aku betul2 nak sign off dulu.  Jap lagi pulak masuk update blog.  Nanti tengah syok menaip ni, bos kat belakang, apa nak jawab.  Tak pasal2 akuuuuuuuuuuuuuu disalahkan (kan dah kata, tengah sedap menaip nih...2nd bos masuk without any warning) Ni lagi bahaya!!!!!  Larikkkkkkkkkkkk!!!

Nota:
Thank you untuk Yuyu Zulaikha kerana sudi mempromosikan blog kawan2.  Buat amal jariah dan dapat pahala tu dik.   Alhamdulillah
refer to this link
http://kupukupukecik.blogspot.com/2011/03/semangat-nak-promote-promote.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...