Entah berapa kali nona manis di seberang ofis ni buat promosi ke spa kecantikannya.
Entah berapa kali pamplet/brochure yang dihulurkannya namun tak pernah terlintas nak berkunjung ke sana.
TAPI
tiba-tiba terdetik nak mencuba....kes buang duit lagi hahahahhaha....
Lepas lunch semalam (ini citer semalam laaaa), terus je menuju ke spa tersebut
tinjau dulu sebelum mencuba.
Setelah diberi penerangan pakej2 yang ditawarkan,
maka aku pun buat appointment pukul 6 petang (after work)
aku nak cuba try Foot Spa.
Tapak kaki aku yang retak seribu perlu dirawati segera.
Murah je....cuma RM50.00 saja dalam tempoh 1 1/2 jam.
Fuhhhhhhhhhh rasa lega ya amatttt bila nona manis urut2 kaki kematu aku nih.
Relaxnya terasa. Dimulai dengan mengikis kulit2 yang keras
dan dirawat dengan herba dan campuran (tak pasti lak) tapi bau yang menyenangkan.
Terasa ingin pula nak mencuba yang ini
Dah lama tak buat manicure dan pedicure nih.... |
Promosi cuma RM49.90 sahaja dalam tempoh 1 jam
Ok kan.
Dan lagi
Facial pun dah lama tak buat...sebenarnya ada lagi saki baki treatment di Ree Skin. Kena curi2 masa gak nih |
Dan teringin juga nak buat yang ini
Body spa massage
Di tempat seperti ini
dan juga ini
Memang angan2 besar nih...hmmmmmmmmmm
No comments:
Post a Comment