Nuffnang Ads

Tuesday, March 22, 2011

Filem Yang Aku Ingat Sampai Sekarang


Hmmmmmmm....sedapnya suara Tan Sri P Ramlee ni...memang mengasyikkan, tak pernah jemu mendengar.
Filem2 arwah pun dah berulangkali ditayangkan tapi tak pernah jemu aku menonton.

Aku masih suka lagi filim2 lama arwah almaklumlah..aku pun orang lama gak hehehehehe.

Masuk tahun 70an, aku suka filem ni
kelabu lah pulak, almaklum filem pun filem lama kan

Banyak ler jugak filem tahun 70an yang ditayang waktu tu.
Dulu2 tengok filem di panggong wayang, mana ada ASTRO FIRST ke, CD ke, DVD ke
Panggong wayang pun jenis curtain gelap kat muka pintu nak masuk panggong.
Kalau masuk awal sikit, leh jugak ler nampak arah tempat duduk kita tu,
kalau dah wayang start, gelap gelita terpaksa attendant pakai torch lite....hehehehe kelakar la ingat dulu2.
Tapi aku banyak tengok wayang di Kem aje, sebab masa tu ayahku keje Polis Hutan, mana senang2 nak keluar dari Kem kecuali gi sekolah, aktiviti sekolah.  Nak ke pekan mesti dengan mak ayah, atau kawan2 je.
Eeeeeeeeeeeeee bestnya time tuuuu...
eh tak boleh ingat sangat....nanti dok senyum sorang2 org keliling pejabat ni ingat aku ni gila dak.
hehehheehehe

Dan ini satu lagi, BOX OFFICE ler

Masa ni John Travolta baru berlakon tapi dah meletop filem ni, ramai yang tiru lagak dia menari, berjalan, fesyen pun jadi ikutan, yang pasti remaja perempuan dok termimpi2 rupanya yang handsome gitu.   Aku? takpun...masa tu suka menari je..

Then 

Again John Travolta and Olivia Newton John

Ni Filem Bukit Kepong
Bukit Kepong, tengok filem ni mesti aku menangis sedih tengok perjuangan askar Melayu mempertahankan balai polis dari ditawan Komunis

Boleh dikatakan banyak jugak ler filem2 yang menarik, nak letak di blog ni nanti jam pulak kan...
Apa pun mari kita sokong FILEM TEMPATAN...banyak jugak ler filem kita yang boleh dibanggakan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...