Nuffnang Ads

Monday, March 21, 2011

Bila Orang Dewasa Berakal Budak Kecik

Pagi tadi masuk lift apartment...mak aiihhhhh...ada tulisan dakwat merah disembur besar dalam lift tu...mencarut pengurusan apartment rupanya.

Kalau iye pun tak puas hati dengan pengurusan apartment tu, berunding secara professional.  Jangan ler jadi budak2 tak cukup akal, conteng sana sini menyatakan ketidak puasan.  Dengar kata siap hantar surat layang lah, hantar sms lah.   Apa nak jadi nih.   Yang buat bukan calang2 orang, semestinya orang yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya.   Tak malu ke pada budak2 muda, jangan ler disebabkan tak puas hati dengan jawatan yang tak dapat disandang, maka pengurusan yang baru ni terus dihentam kuat2.  Cuba berunding dulu atau tengok prestasi pengurusan baru macamana.   Kalau tak puas hati, buat mesyuarat.  Orang yang conteng tu patut hadir sama lah kan...jangan jadi pak turut saja.

Nasibbbbbb aku ni penyewa saja...kalau tidak haru biru jugaklah kalau jadi penghuni tetap di situ.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...