Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Masjid Tanah mengambil masa sejam lebih, pusing sana sini mencari rumah, baru lah berjumpa. Rumahnya cantik sekali - Vila Zara. Nama vila diberi sempena gabungan dua nama sepasang suami isteri (iaitu kawan suami ku ini). Meriah juga, almaklum kenduri kawin ini umpama "reunion" teman2 yang telah bersara dan juga still in service. Aku duduk makan diam2 dengan syiqin (syiqin tak berapa nak makan, asyik nak main saja). Tak sempat nak ambil gambar pun, jemputan ramai. Malas nak ambil gambar, nanti orang kata sibuk pulak kan.
Lepas tu, suami kata "jom kita jalan2 bandar melaka". Ok sajaaaa...setuju terus. Dah lama tak jalan2 kat sana, ada la 2 tahun dah. Sampai je, terus gi Dataran Pahlawan, tak shopping pun, window shopping banyak. Then naik beca, lawat A Famosa, yang bestnya syiqin dengan takut2 berani ambil gambar bersama ular. Mak geli wooooooooooooooooo...nampak tengok pun tak berani, apa lagi suruh berposing kat belakang syiqin dan ayahnya. Tak bolehhhh...jangan dipaksa....kang pengsan kat situ jugak.
So, kawan2...jom la layan gambar2 kat bawah nih.
Ini kat depan Dataran Pahlawan, sambil menghilangkan lengoh kaki
makan ice cream dulu (dah batuk dah syiqin)
Tak ramai org pun, almaklum tengahari. Ada lah dua tiga couple tengah dating
Tengok tangan syiqin kaku keras, geli dan takut la tuuuuu.
Suami tengah control macho tuuuuuu
Tertarik dengan ukiran di dinding dekat dengan Food Court di Dataran Pahlawan.
Ini di dalam Dataran Pahlawan. Ramai orang berkunjung di sini
Tempat shopping baru kotttttt
A Famosa. Mak pun nak posing gak...Asyik gambar dua beranak ni je
Ini di dalam Dataran Pahlawan. Ramai orang berkunjung di sini
Tempat shopping baru kotttttt
A Famosa. Mak pun nak posing gak...Asyik gambar dua beranak ni je
A Famosa. Terdapat batu nesan besar di dalamnya.
Ingat2 dulu masa melawat Penang ada juga naik beca tapi tak tahu beca di Penang ada lagi ke tak.
Siap pengayuh beca tu pasang lagu joget...hehehehehe apa lagi joget la kami 3 beranak atas beca.
No comments:
Post a Comment