Nuffnang Ads

Wednesday, December 9, 2009

Kampung ku

Mungkin agak terlewat untuk entry kali ini, tapi tak kisah....blog sendiri kan.

Gambar2 ini diabadikan semasa pulang berhari raya dahulu. Tiba2 saja teringat nak mengambil photo kampung halamanku di Jitra, Kedah. Juga tidak lupa, gambar ibubapa yang tercinta, akan diabadikan ke dalam blog ku ini. Ini pun dibuat secara tergesa2 memandangkan tetamu yang berkunjung ke rumah pada hari raya lalu.

Ini pandangan ruang tamu, agak luas juga tapi tidak banyak
perabot yang diletakkan di sini. Mak kata biar kosong, dia pun
dah tak larat nak mengemas macam muda2 dulu.
Dari kiri, siapa lagi kalau aku dengan en suami (mcm biasa en suami muka serious)
sebelah kanan, ibu dan ayah (tengok budak kecik kat belakang tu...tak de keje lain kee)
Gambar bawah, kakak ku serta 2 anak perempuannya,kakak ku ini memang payah sikit
nak bergambar, tapi hari tu aku bertuah dapat ambil gambarnya

Gambar kecil, syiqin tengah membelek buku
yang luar pulak, syiqin di pintu belakang (bhg dapur)
rumah mak ayah memang banyak pintu
kadang2 saudara mara yang berkunjung ke rumah
suka sangat masuk melalui pintu ni, kadang2 masuk pintu bilik air
banyak access nak masuk ke rumah ni.
Pintu utama memang jarang dibuka

Inilah pemandangan rumah nenek yang hanya di belakang rumah mak ayah
Bentuk rumah mak ayah serupa macam rumah nenek, cat saja lain.
Rumah kecil di sudut kiri bawah adalah rumah pusaka
Sengaja dibiarkan di situ (bersebelahan rumah nenek sekarang)
Rumah tu penuh dengan barang2 lama, malam2 memang gelap sangat di situ
Gerun jugak. Sekali tu ada kejadian curi di rumah itu memandangkan
rumah itu memang nampak terbiar
Yang sebelah kiri pula, inilah rumah mak ayah.....
Rumah ini sebelah siang kalau duduk di tingkat atas, masyaallah..panasssssss tak leh tahan,
tapi sebelah malam...sejuk sangat and banyak nyamuk.
Biasa ler separuh batu, separuh papan dan rumah ini dikelilingi oleh pokok rambutan.
Of Course, banyak nyamuk kan. Tak kisah semua ini, yang penting aku mesti balik kampung
selang 2 bulan berjumpa mak ayah dan saudara yang lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...