Nuffnang Ads

Saturday, January 10, 2009

Perjalanan Terakhir

Salam semua, kali ni menceritakan saat yang paling sedih dalam hidup aku. January, 7. Seperti biasa pagi bergegas ke tempat keje. Pagi tu terasa teramat sibuk sangat, tapi alhamdulillah semua keja dapat dibereskan dengan mudah dan teratur. Apa yang bos suruh buat, aku segerakan seperti terasa esok aku tidak dapat datang ke tempat keja.

Jam 11.30pagi, terima panggilan dari suami menyatakan ayah mertua sudah nazak. Bergegas aku mengemas meja dan terus punch out. Sambil lalu memaklumkan kepada ofismate menyatakan hal sebenarnya. Terus ku ke rumah opah yang menjaga syiqin, sementara menunggu suami datang, bersembang sekejap dengan opah. Balik rumah terus mengemas pakaian untuk bekalan sampai hujung minggu. Dalam perjalanan, masing2 diam membisu seribu bahasa, dalam hati berkata semoga perjalanan kami selamat sampai ke destinasi. Singgah di Nilai untuk makan tengahari, almaklum nanti sampai di rumah adik ipar mesti sampai pukul 2 petang.

Selepas selesai makan, meneruskan perjalanan ke Lukut, Port Dickson di mana ayah mertua berada. Seperti memberi petanda buruk, dalam perjalanan ke Lukut (lebih kurang 15 minit lagi nak sampai ke sana) tiba2 tayar kereta pancit dengan tiba2. Walhal tayar kereta tu baru saja ditukar, hati aku berdetik seketika. Ya Allah, semoga kami sempat bertemu ayah dan memohon maaf di atas dosa2 anak menantu ini. Mujur PLUS Peronda kebetulan lalu di situ, dan memberi bantuan menukarkan tayar. Suami ada menelefon abangnya untuk segera menuju ke tempat kami berada, setelah setengah jam kemudian, semuanya beres, kami meneruskan perjalanan. Di pertengahan jalan, bertemu dengan abang ipar di persimpangan Spring Hill dan terus ke Lukut.

Sesampai di rumah Lukut, tidak membuang masa terus bertemu ayah mertua dan teresak2 menangis memohon segala kesalahan yang ada. Aku tanpa membuang masa terus mengambil air sembahyang dan menunaikan solat Zohor dan berdoa pada Allah jika inilah suratan dariNya, permudahkan urusan ayah mertuaku ini. Selesai solat, membaca surah Yasin di sisi ayah mertua, bersama birasku, Kak Wawa. Saat yang paling hiba pabila Kak Wawa berkata, "Ayah, jika ayah nak pergi, pergi lah dengan tenang hati, kami anak2 di sini akan sentiasa mendoakan ayah. Jangan risaukan kami semua". Aku menangis tersedu2 di sisi suami, suami nampak tabah sekali. Tepat jam 4.20petang, ayah mertua menghembuskan nafas terakhir, suasana begitu pilu sekali. Saat itu, air mataku mengalir dan berdoa semoga arwah bersemadi berserta org2 yang beriman.

Urusan pengkebumian diuruskan dengan segara. Jenazah dikebumikan pada malam itu juga, semua anak menantu menguruskan dengan baik sekali.

Semoga roh arwah ayah mertua bersemadi dengan aman. Alfatihah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...