Nuffnang Ads

Friday, September 30, 2011

Cerita Yang Tak Ada Tajuk Khusus

Jumaat, 30 September 2011

Hari terakhir bagi bulan September.  Esok bermula bulan Oktober.  Masa berlalu dengan cepat, pejam celik pejam celik lagi dua bulan saja lagi tirai tahun 2011 akan berlabuh.   Umur pun akan meningkat setahun lagi, insyaallah kalau diizinkan ALLAH.

Pagi ini seawal jam 5 pagi, mata dah pun celik.  Set alarm di handset jam 4pagi, sudah terbiasa sejak Ramadan dulu.  Kalau boleh nak bangun seawal pagi, sempat lah saya nak bersolat, membaca Quran dan kemas rumah sekejap.  Jam 7 pagi dah boleh mandi pagi dan bersiap ke pejabat, walaupun masuk waktu pejabat jam 9 pagi, tapi apa salah berawal pagi kan.  Mudah2an segala urusan akan dipermudahkan oleh ALLAH, insyaallah.

Minggu ni, boss cuma masuk sekali je.  Hari2 lain dia sibuk di tapak projek atau outstation.  Tapi saya rasa walaupun dia tak ada di pejabat, kerja lagi bertambah berbanding ketika dia ada di pejabat.   Setiap 3 jam sekali, mesti dia sms atau call, arahan diberikan melalui telefon saja.  Zaman serba canggih, kalau suruh keluarkan surat, saya selalunya draft dulu kemudian email kepadanya untuk double check.  Sekiranya dah ok, terus saja dia sms untuk proceed.  Senang gitu kan.   Agak2 saya pun teringin gak nak pakai Blackberry hehehehehe tapi memandangkan tak ada keperluan sangat ke arah itu, biar je lah saya pakai handphone Nokia ni saja.  Asal boleh buat panggilan dan terima panggilan pun dah cukup kan.  Tak payah lah nak update segala status FB di handphone.   Saya pun bukan budak2 lagi, mak budak dan punnnnn.   Harap2 bila anak bujang dah grad, dan cukup duit untuk berumahtangga, akan terima menantu pulak kan.

Oh ya...hujung minggu insyaallah...mungkin akan bergerak ke Melaka.   Dah lama tak singgah ke sana, rindu pulak rasanya.

1 comment:

Unknown said...

selamat berjalan ke melaka...

jemmmmm...xsuka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...