Nuffnang Ads

Tuesday, August 16, 2011

Jom! Gandakan Akaun Pelaburan Akhirat..

Dijanjikan amalan berganda di bulan Ramadhan Mubarak ini.... Berapa gandaan??

Gandaan yang sebenarnya hanya Allah s.w.t. yang lebih mengetahuinya... Namun dari nas-nas dinyatakan...

Dan dari congakkan matematik yang sempoi... Untuk membaca al-Quran...

Jika kita congak dengan akal manusia yang terhad ini, pahala membaca satu (1) huruf al-Quran adalah:

a) Satu huruf hari biasa = 1 x 10 kebaikan = 10 kebaikan

b) Satu huruf dibaca dalam Ramadhan = 10 kebaikan x 70 amalan fardu = 700 kebaikan amalan fardhu. Dalam al-Quran berapa surah? Berapa ayat? Berapa huruf????

c) Satu huruf dibaca pada malam Lailatul Qadar = 700 kebaikan amalan fardhu x 1000 bulan = 700,000 bulan kebaikan amalan fardhu... Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!...

Lebih lanjut boleh rujuk disini Jom Heboh! Baca al-Quran ... Jom! Gandakan Akaun Pelaburan Akhirat.. Tawaran Khas RAMADHAN...

Beruntunglah bagi mereka yang sedang memecut sebermula 1 Ramadhan, TAHNIAH! untuk anda.... bagi yang masih terconggak-conggak nak mengali pahala, jangan bertangguh lagi.... RUGI TAU KALAU TAK REBUT PELUANG DI DEPAN KITA SEKARANG.... Jom bangkit semua, PESTA SEDANG HANGAT SKARANG NI...

KEMPEN! KHAS UNTUK KAUM HAWA!.... Jagalah AURAT... Semoga Ramadhan ini suatu platform untuk kita berhijrah... dari berpakaian umpama telanjang... Berpakaian yang menampakkan bentuk tubuh... kepada pakaian mengikut sunnah yang sebenarnya. Daripada pakaian yang membungkus aurat kepada pakaian yang menutup aurat...errrada bezanya membungkus dengan menutup...kan ker gitu.

Jika kita lihat mutakhir ini banyak fesyen jubah, fesyen pakaian muslimah, atau T-Shirt, seluar dan sebagainya umpama membungkus badan dan menampakkan dengan jelas bentuk siku, bentuk lengan, bentuk badan puan-puan/cik-cik yang mengiurkan itu. Tutuplah dengan sempurna semoga laknat Allah s.w.t. tidak berlaku kepada kita lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.

Sama-samalah kita memperbanyakkan memohon keampunan dari Allah s.w.t. semasa ruang dan peluang diberikan kepada kita yang lemah ini lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini.
kredit: mry & tok wan (facebook)

3 comments:

Unknown said...

fuh...banyaknya....

semoga mendapat keredhaanNYA jua....

PinKy MoMMa said...

banyak cuma kite je tak nampak dan tak nak mengejarnya :)

moga hati ini sntiasa dibuka kan utkNya :) aminnnn

PinKy MoMMa said...

thanx sebab berkongsi entry camni :)
kadang2 kite terleka ngan urusan dunia..nice entry!

suka juga entry pelaburan yg sebelum ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...